Bunuh isteri mulut murai

GEORGIA: SEORANG lelaki di Georgia, mendakwa tidak tahan dengan leteran serta sikap isteri suka menyibuk menyebabkan dia membunuh wanita itu serta empat anak mereka sebelum memandu van berisi mayat isterinya selama enam minggu.

Polis menemui mayat Casei Jones, 32, yang sudah mereput dalam kereta milik Michael Jones Jr, 38, selepas kenderaan itu terbabit dalam kemalangan di Brantley County, Georgia, pada 18 September lalu.

Menurut laporan Daily Mail, lelaki berkenaan kemudian membawa polis ke satu hutan di daerah Charlton dan menunjukkan lokasi mayat empat anaknya yang berusia antara satu hingga 10 tahun ditanam.

Menurut laporan News4Jax, empat beradik itu dipercayai mati akibat dicekik atau dilemaskan manakala Casei maut selepas dipukul dengan kayu besbol.


Motif Jones membunuh keluarganya masih kurang jelas namun ketika soal siasat, dia mengaku berasa tenang berada di penjara.

Dalam keterangannya, Jones memberitahu polis dia tertekan dengan isterinya yang sering membebel, menyibuk dan memaksanya.

Lelaki itu mendakwa Casei mengesyaki dia curang menyebabkan rumah tangga mereka mula retak kerana sering bertengkar.

Dia turut mendakwa didera Casei apabila wanita itu tidak berhenti-henti memancarkan lampu suluh telefon bimbit ke mukanya selama beberapa jam ketika dia berehat.

“Saya sudah lama bertahan sehingga berasakan apa yang dia lakukan sudah cukup,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel