Dewan badminton pun penyamun ceroboh


MIRI: Penyamun sudah sakit kepala. Dewan badminton pun, berani diceroboh untuk mendapatkan wang.

Terbaru sebuah dewan badminton di Jalan Pujut, Padang Merbau dipecah masuk penyamun pada Ahad lalu.

Pejabat pemilik dewan diselongkar pencuri dan antara barang yang hilang seunit komputer riba, mesin wang, dan wang tunai bernilai RM300.

Menurut sumber, pemilik bangunan menyedari kejadian  kira-kira jam 6.15 pagi, apabila dimaklumkan pekerja. Laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.
LihatTutupKomentar
Cancel