Ee, Oni diburu bunuh peniaga getah

KUCHING: Dua warga Indonesia diburu bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga getah di ladang getah, Ulu Layar Betong pada 10 Disember. 
Dua suspek tersebut dikesan selepas siasatan mendapati mereka terlibat menyerang peniaga getah yang mayatnya ditemui di ladang getah di Kabok. 
IPD Betong Bahagian Siasatan Jenayah dalam kenyataan berkata, seorang lelaki dikenali sebagai Ee berumur lingkungan 30 ke 40 tahun, bertubuh kurus dan muka penuh jerawat batu.
Manakala, seorang lagi suspek dikenali sebagai Oni berumur dalam 20 ke 30 tahun dan tubuh kecil. 
Peniaga tersebut meninggal dunia akibat cedera di tempat kejadian, sementara pembantunya dibawa ke Hospital Sri Aman.
Motif serangan sedang disiasat dan polis percaya bahawa ia bukan rompakan kerana wang peniaga berjumlah RM14,800 tidak diambil.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai yang mengenali dua orang lelaki ini atau mempunyai maklumat yang berkaitan sila hubungi Inspektor Chew pada 017-9682819.
Kronologi kes, peniaga getah berusia 31 tahun bersama-sama pembantunya berusia 48 tahun, menuju ke ladang di Kabok untuk membeli getah sekitar jam 2 petang pada hari Selasa.
Apabila tiba di ladang itu, mereka bertemu dengan dua lelaki dipercayai sebagai pekerja ladang mendakwa diri mereka mahu menjual getah.
Pembantu tauke getah tersebut kemudian memasuki ladang, meninggalkan majikannya.
Tetapi dalam 100 meter, dia mendengar peniaga menjerit.
Pembantu itu segera berlari dan melihat pekerja itu menyerang bosnya dengan kayu dan parang.
Apabila melihat pembantunya datang ke arah mereka, lelaki itu menyerangnya dan mencederakan telapak tangan dan kepala kanan mangsa.
LihatTutupKomentar
Cancel