Eksport elektrik ke Kalimantan Barat
KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) bersedia untuk mengeksport elektrik ke Kalimantan Barat sekali gus merekodkan kejayaan syarikat dalam mengeksport tenaga.
Sehubungan itu,
Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Datuk Ir. Alice Jawan Empaling berkata, syarikat akan berusaha membina lebih banyak perkongsian rentas sempadan berhubung perkara itu.
“Faktor yang paling penting adalah kepercayaan, penghormatan bersama dan hubungan yang erat.
“Nilai-nilai tertentu ini akan membawa perpaduan dan perkembangan matang ke arah masa depan tenaga,” katanya ketika menyampaikan amanat sempena Forum Tenaga Boleh Diperbaharui dan Bersepadu
(Saref) anjuran SEB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.
Manakala, beliau berharap Saref dapat memberi wawasan baharu kepada pengurusan tenaga boleh diper- baharui.
Katanya ini secara tidak langsung mempromosi kemampanan dan pertumbuhan ekonomi di peringkat Asean dan global dalam mencapai fleksibiliti tenaga hidro.