Enam jam intip sebelum rampas rokok RM500,000
BINTULU: Intipan selama enam jam membuahkan hasil apabila sindiket seludup rokok pelbagai jenama tumpas di Jalan Tun Hussein Onn di sini.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri terpaksa memecahkan kunci pintu bangunan yang menyimpan stok rokok seludup pelbagai jenama.
Hasil serbuan berjaya meramoas 2,412 karton rokok dengan anggaran nilai RM578,880.
Difahamkan rokok tersebut untuk diedarkan ke kawasan-kawasan ladang berdekatan serta bandar Bintulu.
Stor di bangunan tidak bernombor tersebut menjadi sarang menyimpan rokok belum lulus cukai Kastam.
Pegawai Pemerintah Batalion 12 PGA Miri, Superintenden Tan Hiap Seng berkata, semasa serbuan, pemilik atau penjaga premis tidak berada dalam bangunan tersebut.