Gerhana Cincin, tunggu 22 tahun lagi
KUCHING: Rakyat di Sarawak bakal berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Anulus atau Gerhara Cincin di Serian Sarawak hari ini.
Selain di Serian Sarawak, Gerhana Matahari Cicin berkenaan dijangka dapat juga disaksikan di Tanjung Piai, Johor Baharu dan akan berlaku di dua negeri ini sahaja.
Kerana ketika itu, kedududkan bulan, bumi dan matahari adalah selari. Tempoh gerhana berlaku bermula 1.21 petang sehingga 1.23 petang di Tanjung Piai, manakala di Serian Sarawak pula berlaku pada 1.46 petang hingga 1.50 petang.
Kali terakhir gerhana berkenaan berlaku di negara ini ialah pada 22 Ogos 1998.
Jika terlepas orang ramai terpaksa menunggu 22 tahun lagi.Kejadian yang jarang berlaku itu dijangka menarik perhatian orang ramai di Serian hari ini.