Ibu Haziq didakwa terlibat konspirasi politik terhadap Azmin


KUALA LUMPUR: Babak baru hadir dalam kes tuntutan mahkamah yang difailkan oleh agensi pelancongan terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.

Dalam tuntutan balas yang difailkan oleh peguam Azmin, Tetuan Daim & Gamani, saman oleh agensi pelancongan itu disifatkan mempunyai motif tersembunyi, yang dikaitkan dengan klip video seks yang didakwa melibatkan Azmin dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Pemfailan yang dilihat oleh Malaysiakiniitu merujuk klip video berkenaan sebagai "video fitnah".
Pemfailan itu menyatakan bahawa pemegang saham majoriti YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd adalah ibu Haziq Yasmin Hanim Arbee, dan pengerusi adalah suaminya Mohd Ayub Hassan.
Untuk rekod, bapa Haziq ialah Abdul Aziz Ibrahim.


Tuntutan balas itu juga menyatakan bahawa Yasmin dan Mohd Ayub mempunyai "hubungan yang sangat rapat" dengan presiden PKR, Anwar Ibrahim.

"Pemfailan saman ini oleh plaintif (YHA) adalah bukan untuk menjaga hak Plaintif tetapi untuk tujuan yang lain yang direka untuk mencederakan defendan (Azmin)," kata pemfailan itu. "Konspirasi yang berkaitan dengan video-video fitnah adalah didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik," tambahnya.

Pemfailan itu juga mendakwa penyata tuntutan YHA telah dibocorkan kepada Iaman web Sarawak Report.

"Sarawak Report tidak mungkin boleh mengetahui mengenai pemfailan writ dan penyata tuntutan ini atau mendapatkan salinan tersebut tanpa bantuan plaintif (YHA).

lni menyokong penyataan defendan bahawa terdapat tujuan lain di dalam membawa tindakan (mahkamah) ini," katanya.

Azmin menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk ganti rugi teladan, kos; dan relif-relif lain dan selanjutnya yang akan diputuskan mahkamah.
LihatTutupKomentar
Cancel