Jalan persimpangan Foochow 1 dan Rengas dibuka

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan Wong King Wei dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pending Violet Yong meninjau persimpangan di Jalan Foochow 1 dan Jalan Rengas yang dalam proses pembinaan sejak minggu lepas yang kini boleh digunakan.

Penutupan persimpangan tersebut bagi memberi laluan bagi kerja-kerja naik taraf daripada jalan tar kepada jalan konrit sepanjang 175 meter yang mampu menanggung beban kenderaan berat melalui persimpangan tersebut.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan Wong King Wei pembukaan  jalan pukul 3.00 petang tadi merupakan satu kejayaan dan hadiah kepada pengguna sempena Krismas kerana ia sepatutnya siap 31 Disember ini.
LihatTutupKomentar
Cancel