Kantoi curi dua guni ayam


KUCHING: Kantoi. Dua pekerja pasar raya ditangkap polis dipercayai bersubahat mencuri dua guni mengandungi ayam.
Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki iaitu pemandu lori (syarikat berlainan) bersama kelindannya memasukkan dua guni mengandungi daging ayam ke dalam lori sebelum Krismas yang lalu.
Siasatan lanjut kemudian mendapati dua pekerja pasar raya tersebut disyaki bersubahat dan pemeriksaan telefon bimbit mereka juga mendapati mereka ada berhubung dengan pemandu lori tersebut untuk mencuri ayam.
Suspek telah melakukan kegiatan ini sejak Mei tahun ini, bagaimanapun anggaran kerugian belum dapat dipastikan.
Kedua-dua suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
LihatTutupKomentar
Cancel