Kuching FA berguru pasukan Otai

SEBAGAI pendatang baharu, Kuching FA mahu menimba pengalaman bersama pasukan berpengalaman dalam Liga Perdana.
Sehubungan itu, segala idea, pandangan dam khidmat nasihat amat diperlukan untuk memperbaiki pasukan kelab elit Sarawak tersebut untuk menawan Liga Perdana 2020.
Presiden Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman mengakui, bukan mudah buat setiap pasukan mengharungi pentas Liga Super atau Liga Perdana yang mana sememangnya memerlukan peruntukan yang sewajarnya untuk memastikan sesebuah kelab mampu bertahan lebih lama dalam saingan liga.
Beliau menghargai, beberapa pasukan  yang lebih berpengalaman seperti Selangor, Pahang, Perak dan lain-lain yang sedia untuk berkongsi pendapat dan memberi nasihat bagi memastikan pasukan baharu seperti Kuching FA lebih bersedia dengan pelbagai perancangan agar mampu bertahan sehingga akhir musim.
Fazrudin mengakui, penyertaan Sarawak United yang akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim 2020 membantu membawa nama negeri Sarawak untuk pembangunan bola sepak negeri.
Beliau teruja dengan penyertaan pasukan Sarawak United yang terlibat sama dalam memburu persaingan aksi Liga Perdana musim 2020.
LihatTutupKomentar
Cancel