Mat Yo penyerang baharu Kuching Fa?



PENYERANG berpengalaman  Nor Shahrul Idlan Talaha dikatakan bakal menyertai Kuching Fa dalam aksi Liga Perdana tahun depan.

Tular di media sosial, Presiden Kuching FA, Fazzrudin dikatakan cuba merisik bekas penyerang kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo hari ini.

Persoalan sekarang apakah tujuan perjumpaan ini diadakan. Adakah Mat Yo akan menyertai pasukan Kuching FA pada saingan liga perdana musim depan?

Mat Yo dilahirkan di Besut, Terengganu adalah pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dan telah menjadi pemain ternama semasa bermain dengan Kelantan FA.

Pada musim 2019,  penyerang berbisa ini mewakili Pahang dalam aksi Liga Super Malaysia.
Dengan lariannya yang kencang, kemahiran menggelicik dan menyerang secara bersendirian, banyak pihak mempertimbangkan beliau sebagai penyerang terbaik di Malaysia pada zaman ini selepas memenangi kategori Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai buat tahun ketiga berturut-turut pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012.
LihatTutupKomentar
Cancel