Ops pakaian sekolah buru peniaga tamak

KUCHING: Ops harga pakaian sekolah dilancarkan seluruh Sarawak bermula dari 18 Disember 2019 sehingga 3 Januari 2020.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak Mohd Hanizam Kechik berkata, pemeriksaan barangan sekolah ini mensasarkan 10 barangan pakaian sekolah.


"10 barangan pakaian sekolah yang diperiksa ialah baju kurung sekolah, baju kemeja lengan pendek, baju kemeja lengan panjang, kain baju kurung sekolah menengah dan rendah. 

Manakala lima barangan pakaian sekolah lain ialah seluar panjang sekolah menengah dan rendah, tudung sekolah, kasut sekolah dan stoking sekolah," katanya selepas pemeriksaan harga barang SHMMP Krismas 2019 di pasaraya Giant Tabuan Jaya semalam.

Beliau berkata, ia bertujuan bagi mengelak peniaga menaikkan harga barangan keperluan sekolah serta mengambil untung tidak munasabah.

Hanizam berkata, sepanjang tempoh penguatkuasaan pemeriksaan harga bagi pakaian sekolah, sebanyak 11 premis telah di periksa di seluruh Sarawak dan sebanyak 45  barangan pakaian sekolah telah diperiksa.
LihatTutupKomentar
Cancel