Pek makanan untuk mangsa banjit di luar bandar
MARUDI: Sebanyak 1,169 pek makanan dihantar ke pedalaman Sarawak, membabitkan Marudi dan Beluru.
Penghantaran melibatkan kawasan Kuala Tutoh (75 pek), SK Kuala Tutoh (1 pek), Lubok Nibong Pasar Lama (5 pek), RH Asong (30 pek), Rh Lajang (100 pek), RH Anthony (28 pek), RH Sumping, (168 pek), Long Patan (10 pek), Long Pahlo (29 pek) dan Long Ukok (10 pek).
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, pergerakan Ke kawasan Tutoh Apoh untuk menghantar bekalan makanan menggunakan kapal Bandung.
Ismail berkata, penghantaran makanan dari Marudi ke Lubok Kulat akan menggunakan bot kevlar milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, membabitkan 20 pek makanan.
“Selepas selesai penghantaran ke Lubok Kulat, perjalanan akan bersambung ke Pekan Lapok demi memastikan kesemua penempatan terjejas banjir di Beluru menerima bantuan,” katanya.
Katanya, keseluruhannya seramai 39 pegawai dan anggota agensi kerajaan negeri dan Pusat terbabit dalam menguruskan penghantaran bekalan makanan itu.