Penunggang maut leher parah di Meradong

BINTABGOR (MERADONG): Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan yang berlaku di persimpangan Taman Bintang Jalan Kelupu pada pagi tadi. Manakala pembonceng mengalami patah paha kiri.

Ketua Polis Daerah Maradong, Dsp Sekam Anoi, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 10 pagi tersebut melibatkan pemandu kereta Proton Exora dan penunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda yang memandu dari arah pasar Bintangor menuju ke rumahnya di Sungai Gemuan.


Mangsa Akmal Muhamat Raperi 18 mengalami cedera parah di leher, maut di tempat kejadian manakala adiknya Mohd Saiful Muhamat Raperi 14 mengalami patah paha kiri telah dibawa ke Klinik Kesihatan Bintangor menaiki ambulans.

“Setibanya di persimpangan mangsa dipercayai cuba memotong dari sebelah kanan kereta berkenaan, yang mana pada masa itu pemandu kereta tersebut sedang membelok ke persimpangan perumahan Taman Bintang.

“Mangsa tidak sempat mengelak dan terus melanggar pintu depan pemandu kereta Exora tersebut, dan seterusnya menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat pelanggaran tersebut,” katanya.

Jelasnya lagi pemandu kereta tersebut tidak mengalami apa-apa kecederaan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
LihatTutupKomentar
Cancel