Petronas cabar saman Sarawak
BAU: Cabar saman Sarawak.
Petronas mengambil sikap memfailkan kenyataan bela diri pada Jumaat ke atas saman Kerajaan Sarawak mengenai tuntutan cukai jualan lima peratus produk petroleum.
Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali mengenai, kenyataan bela diri Petronas tersebut dihantar dua hari (Jumaat) sebelum tarikh tamat tempoh pada 9 Disember ini.
“Ini bermakna mereka (Petronas) mencabar kita (kerajaan Sarawak) dan selepas memfailkan kenyataan pembelaan, perkara ini akan di bawa ke mahkamah. Mahkamah akan menentukan tarikh perbicaraan kelak,” katanya.
Terdahulu Hasidah berucap dalam ucapannya pada program Bicara Intelektual Daerah Bau di Dewan Suarah Bau, hari ini.
Kerajaan Sarawak sebelum ini telah menfailkan saman terhadap Petronas kerana gagal membayar cukai jualan lima peratus produk petroleum yang berkuatkuasa tahun ini. Petronas satu-satunya syarikat cari gali minyak yang belum membayar cukai jualan lima peratus produk petroleum manakala dua syarikat cari gali minyak asing iaitu Shell dan Murphy oil telah membayar cukai jualan tersebut. Hasidah menegaskan, pihaknya yakin bokeh menang kerana cukai juaan adalah hak di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, Kerajaan Sarasak memutuskan untuk mengenakan cukai jualan Negeri sebanyak lima peratus ke atas produk petroleum.
Katanya, Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998 jelas memberikan Sarawak hak untuk mengenakan cukai ke atas komoditi.
"Kita sangat yakin kita boleh menang kerana cukai jualan adalah hak kita di bawah Perlembagaan Persekutuan dan kita hanya menguatkuasa hak kita," katanya.
Bicara Intelektual Daerah Bau anjuran Dun Tasik Biru. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep.