Potong kepala, makan otak kerana bercakap bahasa Inggeris
FILIPINA (Mindanao): Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Bukan sahaja kepala dipenggal tetapi, otak dimakan. Ia gara-gara bercakap dalam bahasa Inggeris.
Mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu dibunuh dengan kejam oleh seorang lelaki dari wilayah Misamis Oriental. Suspek dikenal pasti sebagai Lloyd Bagtong, 21.
Suspek ditahan pada Jumaat sekali gus membawa kepada jasad mangsa yang disorok.
Mayat wanita itu ditemukan dalam keadaan separuh bogel kira-kira 4km dari rumah suspek di Barangay Punta tanpa kepala dan kedua-dua tangan diikat.
suspek |
"Senjata tersebut ditemui terselit di pinggang suspek. Suspek juga makan otak mangsa bersama nasi yang dimasak. Dia kemudiannya membuang tengkorak mangsa ke sebuah lubang tidak jauh dari rumahnya," kata jurucakap polis.
Menurutnya, suspek dipercayai mengalami masalah mental berdasarkan kenyataan daripada saksi yang mengenalinya.
"Suspek berkata mangsa dibunuh kerana bercakap dalam bahasa Inggeris yang mana telah menyebabkan suspek berasa jengkel kerana tidak memahaminya," katanya.
Menurut saksi, sebelum kejadian mereka ada melihat suspek dan mangsa bersama.
Polis turut menemui kain dengan kesan darah di rumah Bagtong yang dipercayai digunakan untuk membawa kepala mangsa dari tempat kejadian ke rumahnya.
Bagtong kini berada dalam tahanan polis dan menunggu kes pembunuhan difailkan terhadapnya. - Agensi