Tangkis fitnah kerajaan ambil tanah rakyat
LUNDU: Forum Kanun Tanah bagi menjelaskan maklumat salah salah seolah-olah Kerajaan Sarawak hendak merampas hak milik tanah daripada penduduk.
Adun Tanjing Datu Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu berkata, forum sebagai penerangan yang lebih terperinci kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Daerah Lundu dan Sematan berkenaan undang-undang Kanun Tanah agar lebih difahami untuk dipanjangkan kepada penduduk kampung di bawah jagaan masing-masing.
"Saya berharap Ketua-Ketua Kaum Dan Masyarakat Daerah Lundu dapat memberi maklumat yang betul kerana apa yang terjadi sekarang rakyat menerima maklumat yang salah seolah-olah Kerajaan Sarawak hendak merampas hak milik tanah daripada penduduk.
"Ini adalah salah dan ianya adalah cerita yang direka-reka untuk menimbulkan kemarahan dan kekeliruan," katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Forum Kanun Tanah (Pindaan) 2018 Peringkat Daerah Lundu bagi Tahun 2019 di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu.
Forum Kanun Tanah (Pindaan) 2018 yang telah diadakan pada 20 - 21 November di Imperial hotel Kuching. Hari ini diadakan di peringakat Daerah untuk memberi terutama yang melibatkan tanah 'Native Territorial Domain' (NTD) dan 'Native Customary Right Land' (NCR).
Beliau berkata, program yang melibatkan semua ketua kaum dan ketua masyarakat ini penting kerana masih banyak kawasan di Daerah Lundu dan Sematan yang sedang diukur di bawah Seksyen 6 Parameter Survey dan penyukatan Hak Milik Tanah di bawah Seksyen 18.
"Ini diharap akan membantu ketua kaum dan ketua masyarakat memohon penyukatan tanah di kampung masing-masing.
"Setakat ini masih ada kampung yang dalam proses seperti Kampung Bengang, Kampung Siru, Kampung Gerunggang, Kampung Pueh dan Kampung Jangka. Selain itu sebilangan lagi berstatus Kampung Tradisi dan Kampung yang belum lagi disukat.
"Diharap ketua kaum dan masyarakat membuat permohonan mengikut yang telah di tetap kan dan bukan menggunakan kaedah mengantung kain rentang dan penyataan yang mengandungi unsur fitnah," tambah beliau lagi.