14 murid SK Nanga Ibun tidak ke sekolah ekoran banjir
KAPIT: Seramai 14 murid tidak turun ke sekolah ekoran SK Nanga Ibun dilanda banjir awal pagi tadi.
SK Nanga Ibun mempunyai tujuh guru dan tujuh kakitangan sokongan.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nanga Ibun Kadum Sumbang berkata, sekolah berkenaan tidak dapat dijalankan kerana semua lantai kelas ditenggelami banjir.
"Kami menunggu air surut untuk poses pembersihan sekolah. Air mula naik pada jam 3 pagi," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, dewan makan, blok pentadbiran,blok kelas, blok prasekolah dinaiki air lima kaki.