194,360 batang rokok dirampas
BINTULU: Kastam Bintulu merampas 194,360 batang rokok dan mimuman keras tidak mendapat kelulusan semalam.
Serbuan di sebuah kedai di Jalan Sibiyu menemui 115,000 batang rokok putih, 79,360 rokok keretek pelbagai jenama dan 29 liter minuman keras. Nilai keseluruhan rampasan termasuk cukai dianggarkan sebanyak RM132,218.75.
Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha dalam kenyataan berkata, seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan hukuman denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.