Bekas jurulatih Mongolia cuba nasib



Jika dipilih saya akan kongsikan pengalaman sebagai pemain dan jurulatih untuk pasukan Kuching FA.

Demikian kata bekas jurulatih pasukan Mongolia yang berasal dari Jepun, Akira Higashiyama, 30, yang mencuba nasib untuk menyertai skuad Kuching FA.

Seorang lagi calon import asing mencuba nasib ialah pemain dari Brazil, Da Silva Santos, 32, yang beraksi di bahagian serangan. 

Higashiyama yang beraksi di posisi serangan dan tengah pernah menyertai kelab United FC di New Zealand pada 2018.

Bagaimanapun dia beralih alih arah dalam bidang kejurulatihan pada 2019 dan mempunyai Lesen AFC dan Lesen A Kejurulatihan.

Beliau mengakui tertarik untuk menyertai Kuching FA setelah dipelawa, Yuta Suzuki yang juga bintang utama Kuching FA musim lalu.

Higashiyama mempunyai kelebihan tersendiri di bahagian serangan, namun lebih berminat beraksi di bahagian tengah.
Sekiranya dipilih, dia bakal bergandingan dengan Suzuki.
LihatTutupKomentar
Cancel