Beri kepercayaan kepada pihak polis
SIMUNJAN:Peniaga dan penduduk Daerah Simunjan diminta yakin dengan kesungguhan keyakinan dan kewibawaan polis dalam menangani jenayah.
Ketua Polis Daerah Simunjan,DSP Merbin Lisa mahu masyarakat setempat dapat bekerja agar permasalahan tersebut dapat ditangani dengan segera.
"Menjelang sambutan Tahun Baru Cina 2020 kita nasihatkan peniaga memastikan premis mereka berkunci baik, dipasang CCTV dan sistem penggera sebagai langkah keselamatan,"katanya.
Terdahulu beliau turun padang bersama enam anggotanya melalui Program Tinjauan Mesra di Pekan Simunjan hari ini.
Beliau turut mengingatkan peniaga agar memaklumkan kepada Balai Simunjan dengan menghubungi talian 082-803794
sekiranya mahu meninggalkan premis semasa tempoh cuti perayaan ini.
"Ini bagi memastikan pihak polis dapat membuat rondaan dan pengawasan ke kawasan tersebut," ujarnya.
