Cukai e Commerce sudah berkuatkuasa
KUCHING, 20 Januari: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak sudah mula mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan e-Commerce di Sarawak pada 1 Januari lepas.
Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata demikian dan berikutan itu meminta semua terbabit menyediakan perkhidmatan e-Commerce di negeri ini supaya mendaftarkan perkhidmatan itu dengan JKDM.
"Perkhidmatan e-Commerce juga melibatkan perkhidmatan digital seperti Netflix, Spotify, atau perkhidmatan pengiklanan yang dibuat oleh Google, dan perkhidmatan pengedaran e-games oleh Steam,"katanya ketika merasmikan Hari Bertemu Pelanggan JKDM Sarawak sempena Hari Kastam Sedunia Ke-38, di AEON Mall, di sini, hari ini.
Syarifah bagaimanapun tiada butiran bilangan penyedia perkhidmatan e-Commerce di Sarawak yang sudah didaftarkan dengan jabatan itu setakat ini kerana pendaftaran terbabit berpusat di ibupejabat JKDM di Putra Jaya.
"Perkhidmatan e-Commerce ini merupakan satu perkhidmatan yang popular di era masa kini. Mereka yang terlibat dengannya perlu mengetahui perkhidmatan itu perlu dilesenkan dibawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018,"katanya.
Beliau sehubungan itu mengalakkan orang ramai di negeri ini yang mahu maklumat lanjut mengenai cukai terbabit untuk mengunjungi hari terbuka jabatan itu di AEON Mall.
"Pertanyaan ( lanjut mengenai cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan e-Commerce) boleh dibuat di booth Bahagian CDN (Cukai Dalam Negeri),"katanya.
Katanya hari bertemu pelanggan terbabit mempunyai enam booth bagi menampilkan enam bahagian jabatan itu iaitu CDN, Penguatkuasaan, Perkastaman, Perkhidmatan Teknik, Pematuhan dan (Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia) KPSM dan akan sehingga 22 Januari depan.
tamat
keterangan gambar:
1.Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha ( tiga dari kiri ) menunjukkan poster Hari Bertemu Pelanggan JKDM Sarawak sebagai simbolik merasmikan acara terbabit di AEON Mall, di sini, hari ini.