DAP puji dan sokong Kenyalang Gold Card
KUCHING, 23 Jan: Pasukan perkhidmatan bergerak Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak setakat ini sudah membantu mendapatkan sekitar 1,300 permohonan Kenyalang Gold Card (KGC) dari penduduk negeri ini.
Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Wong King Wei berkata demikian dengan permohonan terbabit sudah mula diserahkan pihaknya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dan sedang bersaing dengan banyak pihak lain termasuk Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menambah permohonan itu.
"Saya melihat ini sebagai satu persaingan sihat, malahan saya tidak kisah mereka (pihak lain) meniru idea kami menubuhkan pasukan perkhidmatan bergerak itu sekitar Kuching dan dimana sahaja di Sarawak ," katanya ketika sidang media di The Harapan House, Jalan Tun Jugah, di sini, hari ini.
Wong malahan mengalukan tindakan ahli SUPP dan Datuk Bandar Kuching Selatan (MBKS) telah pergi ke KMC Flat terlebih dahulu bagi membantu penghuni flat itu memohon kad terbabit sebelum mereka pada pagi 18 Januari lepas.
"Ini adalah baik dan kami bersama (menambah permohonan KGC) untuk kebaikan rakyat, saya tidak kisah," katanya.
Beliau berkata pasukan perkhidmatan bergerak DAP Sarawak selepas akan meneruskan fasa kedua menambah permohonan KGC selepas perayaan Tahun Baharu Cina dengan tarikh dan tempatnya juga akan diumumkan selepas ini.
keterangan gambar:
1. Wong King Wei ketika mengadakan sidang media di The Harapan House, Jalan Tun Jugah, di sini, hari ini.