Dewan makan sekolah diselimuti lumpur tebal
KAPIT: Banjir lumpur setebal satu kaki menyelimuti Dewan makan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tunoh sejak jam awal 3 pagi tadi. Bagaimanapun ia tidak melibatkan bangunan sekolah.
Sektariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Mejar Ismail Mahedin berkata, sesi persekolahan di SK Sungai Tunoh berjalan lancar untuk hari pertama tahun ini.
“Banjir hanya melanda dewan makan sekolah sahaja kerana berada di kawasan tanah rendah.
“Bangunan yang lain tidak terkena banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.