Gangster pukul junior dilepaskan?
PADAWAN: "Mereka mengaku memukul mangsa menggunakan tangan dan kaki, hanya seorang yang berperanan menyaksikan kejadian berlaku.
Demikian kata Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, 11 pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching yang ditangkap kerana membuli tiga pelajar junior telah dibebaskan Selasa lalu.
Semalam, GagoDaily melaporkan seramai 11 pelajar senior ditahan untuk soal siasat bagi membantu kes buli pelajar junior Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching.
Tiga pelajar Tingkatan 1 tersebut mengalami kesan lebam di seluruh badan dipercayai dibuli pelajar senior ala 'gangster asrama'.
Dipercayai suspek dipukul, ditampar dan diterajang oleh pelajar senior yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5.
Aidil berkata, pelajar yang senior berkenaan ditangkap dan dibawa Balai Polis Kota Sentosa untuk diambil keterangan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan doktor mengesahkan kesemua mangsa mengalami kecederaan lebam di tubuh badan.
Perbuatan kes buli terbabit terbongkar apabila ibu bapa dan waris membuat laporan polis selepas dihubungi mangsa.
Suspek ditahan susulan, aduan dibuat ibu bapa dan waris mangsa yang melaporkan anaknya mengadu telah dipukul, ditampar dan diterajang oleh pelajar senior.
Lebih menyedihkan, mangsa turut dipaksa bertumbuk satu lawan satu dengan seorang pelajar tingkatan tiga.
Semua mangsa dikatakan dibelasah bertubi-tubi sehingga jam 3 pagi sebelum mereka dibenarkan tidur.
Gambar hiasan