H1N1 ragut 9 nyawa palsu

KUCHING: Tular kini di media sosial berkenaan penyebaran mesej terhadap kes virus H1N1 yang didakwa meragut sembilan nyawa di Sabah.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)) menegaskan penyebaran mesej ini adalah palsu.
Sementara itu, KKM akan sentiasa membuat pemantauan wabak jangkitan influenza dengan meningkatkan kawalan di pintu masuk dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, Menterinya Datuk Seri Dr. Dzukefly Ahmad meminta orang ramai supaya tidak panik berikutan jangkitan Influenza di negara ini.

Jelasnya lagi, kejadian jangkitan influenza di negara ini tidak mempunyai kaitan dengan kejadian radang paru-paru yang sedang berlaku di Wuhan, China.

Beliau turut menjelaskan mengenai keperluan untuk memasukkan influenza A ke dalam senarai penyakit berjangkit bagi membolehkan cuti kuarantin diberikan, KKM mengambil serius isu ini sepertimana saranan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP).

"KKM bersedia untuk berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan agensi-agensi berkaitan berhubung perkara tersebut," katanya.

Penyebaran mesej terhadap kes virus H1N1 meragut sembilan nyaawsa mendapat perhatian netizen:


Syifa Sahaja dalam komen facebook: 
Semalam pusing2 shah alam. Hospital dan klinik semua out of stock vaccine influenza ni. Hari ni aku balik kg. Hrp2 esok pi klinik area kg ni ada la stock vaksin ni.

Hafizah Besar Sa'aid:
Satu lg seeloknya flu vaccine ni pihak insuran bagi free sbg salah satu benefit utk sesiapa yg ambik insuran kesihatan sbb vaksin ni kene ambik setiap tahun sebelum musim flu bermula (sbg ikhtiar). Kalau dah kene influenza dan masuk hospital rasanya lagi banyak pihak insuran kene bayar berbanding harga vaksin...

Merah Hitam:
Anak masuk wad nov 2019.. Demam smpi sawan.. X kebah.Lps tu kuar, tapi demam juga...pi lagi kecemasan, rehat kat zone hijau. Demam juga dan Last2 pi swasta.. kena influenza A dan dpt ubat. Pi balik hospital tu, nak lapor maklum. Kemudian saya di maklumkan oleh pgawai perubatan bahawa semua manusia ada influenza, kuat tidak atau musim.. Saya blur kejap. Sorg lagi ckp: awak mampu Ada duit xpa lah pi swasta. Saya bkn tahu pasal perubatan dan kedoktoran... Saya dpt makluman dari media masa, influenza.. Sgt bahaya. Saya mampu dgr dan saya tetap usaha anak sembuh.. Semoga kita sihat semua.
LihatTutupKomentar
Cancel