Hantar permohonan kepada Unifor sebelum 15 Febuari
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata demikian dengan tahun ini kerajaan negeri menyediakan peruntukan itu sebanyak RM50 juta dan pihaknya mahu menagihkan cek peruntukan itu lebih awal tahun ini dengan majlis penyampaiannya disasarkannya pada April depan.
"Tahun ini, cek (peruntukan) itu akan dikeluarkan lebih awal, ini bermakna saya meminta senarai nama (pemohon peruntukan itu) kalau belum dihantar untuk diberikan kepada kami selewatnya 15 Februari depan,"katanya ketika menyampaikan cek peruntukan itu tahun 2019 bagi fasa 2 yang berjumlah RM10.9 juta dan terdiri dari 103 projek kepada 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di UCSI Hotel, Sejingkat, di sini, hari ini.
Fasa 1 peruntukan itu adalah sebanyak 19.1 juta terdiri dari 109 projek dan menjadikan keseluruhannya peruntukan terbabit sebanyak RM30juta tahun lepas terdiri dari 212 projek.
Uggah berkata permohonan yang lambat dan selepas 15 Febuari depan berkemungkinan terlepas mendapat peruntukan itu sebanyak RM50 juta dari kerajaan Sarawak tahun ini yang juga meningkat berbanding RM30 juta tahun lepas dan RM20 pada 2018 serta RM15 juta pada 2017.
"Siapa lambat (memohon peruntukan tahun ini ) tak dapat, jadi jangan salahkan saya, kalau tiada peruntukan. Sudah tentu kamu juga boleh menghantar permohonan itu kepada Ketua Menteri sekiranya ada melawat kawasan kamu,"katanya.
Beliau berkata ketika ini peruntukan dari kerajaan negeri kepada UNIFOR itu adalah bagi membina dan membaikpulih rumah ibadah sahaja dan belum ada peruntukan bagi membiayai aktiviti-aktiviti penganutnya.
Uggah bagaimanapun mendedahkan kerajaan Sarawak telah meluluskan satu tabung amanah yang dibawah UNIFOR bagi mencari dana membiayai aktiviti penganut terbabit.
Tamat
keterangan gambar:
1.Datuk Amar Douglas Uggah ( tiga dari kiri
)menyampaikan cek peruntukan membina dan membaikpulih rumah ibadah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom di UCSI Hotel, Sejingkat, di sini, hari ini.
2.Datuk Amar Douglas Uggah (duduk tengah) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menerima cek peruntukan membina dan membaikpulih rumah ibadah kawasan masing-masing di UCSI Hotel, Sejingkat, di sini, hari ini.