Hati hati jika pernah berkunjung ke China

KUCHING, 25 Jan: Rakyat Sarawak yang pernah melawat China dalam tempoh 14 hari lepas perlu berwaspada terhadap jangkitan Coronavirus dan memantau kesihatan diri.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan  Datuk Sri Dr Sim Kui Hian malahan meminta mereka segera ke hospital sekiranya ada menghadapi gejala simptom jangkitan virus itu seperti mengalami batuk atau demam.

"Orang ramai yang pernah pergi ke China dalam tempoh 14 hari lepas, juga sekiranya boleh untuk kuarantinkan diri sendiri,"katanya mengadakan rumah terbuka Tahun Baharu Cina di kediamannya di Kenyalang Park, di sini, hari ini,

Dr Sim berkata ini kerana dalam tujuh hari selepas dijangkiti virus itu, penghidapnya tidak akan menunjukkan gejala simptom dan ini menjadikan virus itu mudah merebak.

"Ini (Coronavirus) juga adalah virus baharu, tiada siapa yang mengetahui banyak tentang virus ini, sebab itulah tiada penawarnya," katanya.

Katanya inilah menyebabkan wabak terbabit diambil serius sehingga kerajaan China terpaksa mengunci 11 juta rakyatnya di 10 bandar negara itu setakat ini walaupun pada perayaan Tahun Baharu Cina.

"Bukan mencari punca virus itu yang penting sekarang ini tetapi menghentikan penularan wabak terbabit. Tiada gunanya mengetahui punca virus terbabit tetapi virus sudah tersebar dengan meluas,"katanya.

Beliau juga meminta segala maklumat mengenai persediaan menghadapi kes jangkitan virus itu diperolehi dari Kementerian Kesihatan di Kuala Lumpur kerana bidang kuasa kesihatan adalah dibawah kerajaan pusat.
tamat


LihatTutupKomentar
Cancel