Imam nikahi jantan durjana ๐Ÿ˜‚

OH TEDAH: KEJUTAN IMAM BARU BERNIKAH, ISTERINYA SEORANG LELAKI ๐Ÿ˜‚

Seorang Imam di perkampungan Kyampisi, Uganda mendedahkan bagaimana seorang ‘wanita’ yang baru dikahwini rupa-rupanya adalah seorang lelaki.

Sejak baru bernikah dua minggu berlalu, Mohammed Mutumba tidak pernah lagi melakukan persetubuhan kerana ‘isterinya’, Swabullah Nabukeera mendakwa masih dalam haid.

Menghormati pasangannya itu, Mutumba sabar menanti sehinggalah pada satu hari, beliau dikunjungi jirannya yang menuduh isterinya telah panjat pagar dan mencuri set televisyen dan pakaian mereka.

Jiran itu kemudian melaporkan kes itu di Balai Polis Kayunga sebelum Nabukeera ditahan pihak berkuasa.

Pegawai penyiasat jenayah Daerah Kayunga, Encik Isaac Mugera berkata apabila Nabukeera sampai ke balai polis, dia memakai tudung dan sandal.

“Sebagai amalan biasa polis, suspek wanita akan diperiksa oleh seorang pegawai wanita. 

"Walaubagaimanapun, pegawai itu terkejut apabila menemui gumpalan kain di sebalik bra, dan selepas pemeriksaan lanjut, suspek didapati mempunyai alat kelamin lelaki,” tegas Mugera.

Mqutumba yang dikejutkan dengan hal ini meminta pihak polis membawanya melihat sendiri bahagian sulit ‘isterinya’ untuk kepastian.
Setelah disoal-siasat Nabukeera, atau nama sebenar Richard Tumushabe, 27, berniat untuk menipu Mutumba dengan menyamar sebagai wanita dalam usaha untuk mendapatkan wangnya.

Mengulas bagaimana dia jatuh cinta dengan suspek, Mutumba, seorang Imam Kyampisi memberitahu, dia menemui Tumushabe di masjid.

“Saya mencari seorang wanita untuk berkahwin dan ketika saya bertemu dengan seorang gadis cantik bertudung, saya terus menyampaikan hasrat cinta dan dia terima. Kami jatuh cinta dan mengambil keputusan untuk berkahwin,” kata Mutumba yang masih dalam kejutan kepada Nairobinews.

Jelasnya lagi, dalam seminggu, dia menyelesaikan semua persiapan perkahwinan dan melawat ibu saudara Nabukeera untuk urusan peminangan dengan barang hantaran yang termasuk dua ekor kambing, dua beg gula, segantang garam dan senaskhah al-Quran.

Ibu saudara itu yang turut ditangkap polis berkata, dia tidak tahu bahawa anak saudaranya itu adalah lelaki kerana dia cuma mengenalinya sewaktu sudah dewasa.

“Hari pertama dia datang kepada saya, dia memakai tudung. Saya pernah tidur sekali dengan dia dan bila dia memberitahu saya dia ingin berkahwin, saya terus memberi restu serta meminta dia membawa bakal pasangan itu ke rumah, "katanya.

Pada masa ini, pihak polis sedang meneliti gambar-gambar majlis perkahwinan dan fail kes akan dihantar kepada Peguam Negara untuk dakwaan mahkamah.

Insiden ini menyebabkan penduduk kampung dan ahli keluarga Mutumba terkejut dan beliau menasihati anak-anak muda untuk mencari nafkah halal dan mengelakkan tindakan bodoh seperti itu.

Oh tedah. Akhir zaman, akhir zaman...
LihatTutupKomentar
Cancel