Jadual lengkap Bas hidrogen
KUCHING: Dengan sukacita dimaklumkan bahawa laluan untuk perkhidmatan bus #hidrogen di bandaraya #Kuching telah disemak dan ditambah baik.
Berikut adalah laluan terkini untuk “City Route” yang beroperasi 7 pagi hingga 6:30 petang.
Antara laluan terkini ialah: perhentian bas di hadapan Riverside Majestic Hotel, Bishopgate, Kompleks Muzium #Sarawak Wisma Satok, Bangunan Al-Idrus di Jalan Satok, Jambatan Satok, Kompleks Kubah Ria di Petra Jaya, Rumah Epem, Tun Openg Resource Centre di Bandarshah, Masjid Darul Ihsan, Jalan Kulas, Arif Hotel di Jalan Haji Taha, Waterfront Square Tower di Main Bazaar, Chinese Museum, White Barouk, KMC Flats dan di Choon Hui sebelum singgah semula di perhentian bas Riverside Majestic Hotel.
Bagi perkhidmatan bas hidrogen yang melalui “Damai Route”, ia akan operasi hanya untuk setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja dengan waktu operasi dari pukul 9 pagi sehingga 6:30 petang. Perjalanan bas ini berupa tanpa henti sepanjang perjalanan ke Damai Central di Santubong.
Perjalanan pertama akan bermula di perhentian bas Riverside Majestic Hotel pada pukul 9 pagi dan ianya dijangka sampai ke destinasi pada pukul 10:30 pagi. Perjalanan balik ke bandaraya Kuching dari Damai Central akan bermula pada pukul 11 pagi dan dijangka sampai pada pukul 12:30 petang.
Perjalanan kedua ke Damai Central akan bermula pada pukul 2 petang dan dijangka sampai ke destinasi pada pukul 3:30 petang. Perjalanan balik ke bandaraya Kuching akan bermula pada pukul 5 petang dan akan sampai ke destinasi pada pukul 6:30 petang.
Perkhidmatan bas hidrogen yang disediakan ini adalah percuma dan orang ramai adalah digalakkan untuk mengunakan Apps “H2 Sarawak” untuk kemudahan perjalanan mereka.