Jambatan Gedong siap dalam tiga tahun





SIMUNJAN: Perjalanan dari Simunjan ke Kuching akan mengambil masa 40 minit jika pembinaan jambatan Gedong akan dilaksanakan.

Perjalanan dari Gedong ke Simunjan mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit. Setakat ini, terdapat dua laluan dari Simunjan ke Kuching iaitu melalui Gedong dan Serian serta melalui Asajaya menggunakan Jambatan Batang Sadong dan Jambatan Batang Samarahan.


Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg berkata, Kerajaan Sarawak bersetuju membina jambatan Gedong untuk manfaat rakyat.

Beliau berkata, perkara tersebut akan direalisasikan dalam tempoh tiga tahun akan datang selepas mendapat peruntukan dari Jabatan Kerja Raya.



“Saya sik pembulak (tidak berbohong), jika saya cakap siap dalam tempoh tiga tahun, maka ia akan berlaku. Tidak lama lagi kita akan bangunkan jambatan Gedong. 

Gedong dengan Simunjan dekat dengan jalan baru. Tadi saya guna jalan pusing, selepas ini tidak ada pusing lagi.


“Kalau siap dalam masa 3 tahun lagi,8 Simunjan-Gedong-Kuching 40 minit datang Kuching. Dalam masa 3 tahun kerana duit dah ada diberi dengan JKR (Jabatan Kerja Raya). Bermakna Simunjan dan Kuching tidak ada masalah lagi pada jaraknya.” katanya ketika berucap pada Majlis Rindok Digital hari ini.

Ketika ditemui media selepas majlis berkenaan, Abang Zohari berkata projek itu akan dilaksanakan pada tahun ini namun belum mendedahkan kos projek itu.


Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Haji Naroden Majais berkata laluan baharu ini tidak akan melalui Serian.

“Laluan asal ialah, Simunjan-Gedong-Serian-Kuching tapi apabila siapnya jambatan itu, pengguna jalan raya tidak perlu melalui Serian dan ia akan menjimatkan masa.” ujarnya.






LihatTutupKomentar
Cancel