Kementerian teroka bawang selain India

KUCHING, 24 Jan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meminta Kementerian Pertanian Malaysia meneroka import bekalan bawang dari negara lain bagi mengurangkan kebergantungan  import bekalannya dari India.

Ketua Setiausahanya, Datuk Muez Abd Aziz berkata ini kerana negara ini mengimport  lebih kurang 500,000 metrik tan bawang tahun lepas dengan separuh atau lebih kurang 270,000 metrik tan bawang terbabit dari India.

"Saya minta supaya Kementerian Pertanian cuba meneroka lah, kerana bekalan bawang banyak dari India. Kita juga ada bekalan bawang dari China, Thailand, Netherland dan sebagainya,"katanya selepas mengadakan pemeriksaan SHMMP Tahun Baharu Cina 2020 di Aeon Mall, di sini, hari ini.

Muez berkata malahan ketika beliau bersama menteri  melawat ke Pulau Pinang baharu-baharu ini mendapati ada juga bekalan bawang dari Mesir di pasaran negara ini.

Sementara itu, mengenai masalah kekurangan bawang merah kecil dari India, Muez berkata masalah terbabit disebabkan kekurangan bekalan bawang itu di India  yang menyebabkan exportnya dikurangkan atau diharamkan.

"Kalau tak silap saya bermula pada 29 September lepas, ada isu India dah mengurangkan atau haramkan eksport bawang,"katanya.

Beliau berkata  bekalan bawang merah besar dari India masih ada di pasaran tempatan bagi mengantikan bekalan bawang merah kecil terbabit dan berharap pengimport  tempatan mendapatkan semula bekalan bawang kecil dari India.
tamat

keterangan gambar:

1.Datuk Muez Abd Aziz ( kiri) memeriksa harga bawang bersama kakitangan KPDNHEP Sarawak, di Aeon Mall, di sini, hari ini.

2.Bekalan bawang yang dijual di Aeon Mall, di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel