Kompleks minyak dan gas bersepadu beroperasi 2020

KOTA SAMARAHAN, 14 Jan: Kompleks minyak dan gas bersepadu bernilai US5 bilion (RM20.8 bilion) yang telah dirancang pembinaanya di Lawas dengan pelabur dari China dijadualkan akan memulakan operasinya pada 2022.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata demikian dengan kompleks terbabit dibangunkan kerajaan Sarawak dengan kerjasama dua syarikat dari China iaitu Beijing BECA Sci-Tech Co., Ltd. (BECA) dan Sinopec Engineering Incorporation (Sinopec).

"Kompleks minyak dan gas bersepadu yang dicadangkan itu, yang mana kami rancang laksanakan secara berperingkat, adalah dijadualkan memulakan pengeluaran pada 2022," katanya ketika majis perasmian Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Lingkaran dan Jalan Raya (ICBR) 2020, di Kampus Samarahan 2, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak, di sini, hari ini.
Dalam ucapannya yang disampaikan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing yang mewakilinya, Abang Johari berkata kerajaan Sarawak dengan dua syarikat dari China terbabit telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pembinaan kompleks itu pada Jun tahun lepas.

Sebelum ini dilaporkan kompleks itu mampu memproses sebanyak 10 juta tan minyak setahun, atau 200,000 tong sehari dan juga berupaya menghasilkan 1.2 juta tan ethylene, blok bangunan plastik serta 3.2 juta tan kapasiti ‘catalytic cracking’.

Selain itu Abang Johari juga berkata kerajaan Sarawak ada banyak lagi projek kerjasama dengan China antaranya pada April tahun lepas apabila Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Shan Ying International Holdings Co. Ltd menandatangani MoU bekerjasama mewujudkan kilang pengeluaran kertas dan pulpa di Samalaju, Bintulu.

"Projek ini berasaskan kertas kitar semula yang diimport and ini bermakna kita menyelamatkan sumber semulajadi kita,"katanya.

Katanya pada bulan lepas pula Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menandatangani MoU dengan Hainan Airlines Holding Company Limited bagi syarikat terbabit melancarkan penerbangan terus berjadual Haikou-Kuching-Haikou pada Mac tahun ini.
tamat

keterangan gambar:

1. Tan Sri James Jemut Masing ( berdiri dua dari kiri) menyaksikan upacara menandatangani MoU antara wakil UiTM dengan wakil Global China Centre (GCC) Service Sdn Bhd ketika mewakili 
Ketua Menteri merasmikan ICBR 2020, di Kampus Samarahan 2, UiTM Sarawak.


2.Tan Sri James Jemut Masing (duduk tiga dari kiri) bersama peserta ICBR 2020, di Kampus Samarahan 2, UiTM Sarawak.
LihatTutupKomentar
Cancel