Laporan polis terhadap ADUN Meluan

KUCHING, 30 Jan: Penyokong dan Ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa telah membuat laporan polis terhadap ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin di Balai Polis Sungai Maong, di sini, hari ini.

Ini berikutan satu video yang viral dimedia sosial mengenai ucapan ADUN parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) terbabit yang memburukan Presiden PSB, Dato Sri Wong Soon Koh sebagai komunis dan menuduh PSB sebagai parti kaum cina yang dipimpin seorang komunis.

Rayong yang juga Ketua Pemuda PSB berkata dakwaan itu tidak berasas langsung malahan ADUN Meluan terbabit dalam ucapan itu juga menghasut rasa benci antara kaum dengan menyatakan "Iban bunuh cina " dan " cina bunuh Iban,".

"Ini adalah satu kata-kata perkauman dan bagi kami bunuh bermaksud kamu boleh membuka kamus dan tafsiran bunuh ialah sesuatu seperti tindakan membunuh," katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis terbabit.

Dr Rayong berkata Rolland dalam ucapannya juga ada menyatakan yang "Dato Sri bunuh Iban" dan " Iban bunuh Iban " yang satu kesalahan tetapi tidak tahu samada kata-kata itu dibawah kesalahan jenayah atau tidak dan menyerahkan kepada polis bagi menyiasatnya.

"Ini adalah satu fitnah, PSB adalah satu parti pelbagai kaum didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), dan adalah parti demokratik berasaskan kepada Perlembagaan Malaysia untuk menyertai proses demokrasi,"katanya.

Beliau berkata adalah tidak betul bagi mendakwa PSB sebagai parti komunis dan disebabkan itu pihaknya membuat laporan polis terbabit bagi polis menyiasat video yang viral terbabit dan ucapan ADUN Meluan itu yang dibuat 27 Januari lepas semasa suatu upacara pecah tanah di satu rumah panjang di kawasannya.
tamat

keterangan gambar:

1. Dr Johnical Rayong Ngipa (tujuh dari kanan) bersama penyokong dan ahli PSB membuat laporan polis terhadap ADUN Meluan di Balai Polis Sungai Maong di sini, hari ini.
2.Dr Johnical Rayong Ngipa menunjukkan laporan polis yang dibuat penyokong dan ahli PSB.
LihatTutupKomentar
Cancel