Lelaki bersenjata samun di Batu Kitang


KUCHING: Suami isteri diikat sebelum tiga lelaki bersenjata merompak rumah mereka di di Jalan Batu Kitang, di sini sekitar jam 3.45 pagi, hari ini.

Utusan Borneo Online melaporkan semasa kejadian pasangan terbabit sedang tidur dan dikejutkan dengan bunyi dentuman pada pintu bilik tidur mereka.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata  penyamun terbabit yang bertopeng serta bersenjatakan parang masuk ke dalam bilik tersebut dan terus mengikat tangan serta kaki pasangan terbabit menggunakan tali rafia.

"Seorang daripada suspek dikatakan bercakap menggunakan loghat Indonesia dan meminta mangsa bertenang kerana mereka hanya mahukan wang,” 

“Penyamun itu kemudian mengeledah rumah mangsa sebelum melarikan diri menggunakan kenderaan jenis pacuan empat roda milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa dan isteri yang mengalami mengalami kecederaan lebam di pergelangan tangan dan kaki akibat diikat suspek kemudian membuat laporan ke Balai Polis Kota Sentosa.

"Siasatan masih dijalankan termasuk meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah berkenaan," katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

tamat
LihatTutupKomentar
Cancel