Lelaki diberkas angkara dadah di Haji Baki

KUCHING:Seorang lelaki diberkas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan kerana terlibat dengan kegiatan dadah di Kampung Haji Baki, di sini,semalam.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan pada jam 3.15 petang itu pihak polis merampas dompet warna Coklat jenama AUGUSTINE dari genggaman tangan kanan suspek telah menjumpai satu plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan Kristal disyaki dadah berbahaya jenis Syabu berat kasar 0.36 gram dengan anggaran harga RM 10.00.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek akan disiasat di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 . 
"Keputusan ujian saringan awal air kencing saspek juga positif dadah jenis Amphetamine/Methampetamin. 

"Suspek juga mengaku terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah pada awal tahun 2018,"katanya di sini,hari ini.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan jam 5.15 petang serbuan dibuat ke sebuah premis di Pasar Batu 7, Kota Sentosa.

"Kita menahan dua lelaki yang sedang duduk di atas kerusi berhadapan dengan sebuah meja di dalam premis tersebut. 

"Pemeriksaan lanjut ke dalam premis tersebut telah menjumpai satu beg kecil warna merah/hitam/putih, berjenama Kit Kat di mana didalamnya mengandungi lima peket kecil lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu di bawah meja tempat kedua-dua subjek sedang duduk, berat rampasan 4.13 gram.

"Anggaran harga RM 620 dan keputusan ujian saringan awal air kencing kedua-dua saspek positif dadah jenis Amphetamine/ Methampetamine,"katanya.

Kedua-dua saspek akan disiasat dibawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952, suspek juga mengaku terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah pada awal tahun 2017.
LihatTutupKomentar
Cancel