Lelaki maut, kereta putus dua
Akibat perlanggaran tersebut, kereta mangsa putus dua dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan kepala.
Mangsa dikenali sebagai Pengiran Abdul Azim Pengiran Ismail, 34, dari Kampung Mulaut, Brunei.
Bagaimanapun, pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta, dipercayai suami isteri, yang juga dari Brunei cedera parah dan dihantar ke Hospital Limbang.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 7 Limbang, Edmund D Mahai Amboh berkata, pihaknya membantu mengeluarkan mangsa yang berada di bawah kenderaan.
Manakala pasangan suami isteri berkenaan dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihaknya tiba di lokasi.
Difahamkan kejadian berlaku sekitar 10 pagi ketika mangsa menuju ke Tedungan dari Limbang sebelum kenderaan dipandu berlanggar dengan kereta yang dari arah bertentangan.
Kereta mangsa hilang kawalan semasa melalui selekoh lalu masuk laluan bertentangan dalam keadaan melintang, sebelum dilanggar oleh sebuah kereta yang datang dari arah bandar Limbang menuju ke Tedungan.
Kredit gambar Ezzan Daniel