Mat Sabu, Zaza 'G-String' Merah kembali hangat di Sarawak

KUCHING: Lagi tular di media sosial, kisah Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu bersama audio dan gambar intimnya bersama gadis seksi Zaza G- String didedahkan dalam aplikasi whatsapps dan media sosial lain. 

Walaupun ia kisah lama, namun di Sarawak ia menjadi tular sekali lagi di kalangan netizen. Malah ia menjadi perbualan, dan berbentuk sindiran...  
Berdasarkan pencarian GagoDaily, isu berkenaan sudah lama... malah beberapa kali dimainkan media online arus perdana sekitar tahun 2018. Antara tajuk yang hits ialah "Klip audio gadis merengek nak beli 'g-string' merah tular", " Dulu Normah 'Bulu', Kini Zaza 'G-String' Merah".

MStar melaporkan pada Ahad 6 Mei 2018, dengan tajuk Klip audio gadis merengek nak beli 'g-string' merah tular...
Seorang gadis yang dikenali sebagai Zaza tular gara-gara permintaan membeli 'g-string'.

Audio percakapan Zaza bersama seorang lelaki, didakwa mirip suara Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu tular sejak Jumaat.

Zaza memanggil lelaki itu dengan panggilan 'daling'.

Percakapan tersebut turut berkisar dengan aktiviti harian dan perancangan mereka untuk bertemu.

Dalam salah satu perbualan dapat didengar Zaza mahu membeli pakaian dalam.

"Zaza nak beli g-string, nak 'color' merah'," kata Zaza dengan nada manja.

"Oooo...bila pakai nanti nanti nak tengok," balas lelaki tersebut.

"Mestilah boleh," jawab Zaza.

"Nak tengok," sekali lagi lelaki itu membuat permintaan.

"Ok darling," balas Zaza.

"Ok sayang."

"Ok darling. Bye. Love you too."

Dalam pada itu, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang komen dan menyerahkan isu percakapan klip audio bersama seorang wanita itu kepada peguamnya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian selepas diajukan pertanyaan tentang isu tersebut oleh wartawan sebaik sahaja tamat ceramah di Klebang Restu, Manjoi, Ipoh, Sabtu malam.

Selain klip audio tersebut, sekeping gambar seorang lelaki, juga didakwa mirip Mat Sabu sedang memeluk seorang gadis di dalam kereta tular di media sosial.
LihatTutupKomentar
Cancel