Maut tersepit langgar pokok
SIBU: Malang tidak berbau. Pemandu dan kelindan lori treler.
maut apabila lori treler melanggar pokok berhampiran bulatan Jalan Peradom semalam.
Lori treler tanpa muatan itu dipercayai terlibat dalam kemalangan kendiri dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pokok.
Sebaik anggota bomba tiba di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa tersepit dalam kenderaan.
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan akibat tersepit.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak melaporkan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sibu di lokasi kejadian.