Mujur sempat keluar

MIRI:Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta Proton Gen-2 yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Hilltop,Jalan Riam, di sini, petang ini.

Chin Thiam Fatt yang dalam perjalanan menghala ke bandar Miri bernasib baik kerana sempat keluar dari kereta.

Kebakaran disedari berlaku di bahagian belakang kereta, dia terus berhentikan serta keluar dari kereta.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.06 petang.

"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dikerahkan ke lokasi,setibanya di lokasi kebakaran sedang marak
 "Pasukan pemadam terus membentang satu aliran saluran bantu mula untuk memadam kebakaran yang memusnahkan 100 peratus kereta ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
LihatTutupKomentar
Cancel