Pekerja Myanmar lesap ketika mandi

BINTULU: Pekerja warga Myanmar
dipercayai lemas ketika mandi di pantai Samalaju berhampiran dengan Pelabuhan Samalaju, Rabu lalu.

Mangsa yang dikenalpasti sebagai Aung Thu, 27, dipercayai telah mandi di pantai Samalaju pada jam lebih kurang 7 malam Rabu sebelum hilang.
Rakan mangsa berkata, kawannya tiba-tiba hilang ketika sedang mandi. 

Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan hari ini.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata pihaknya, mendapat bantuan daripada sebuah bot Pasukan Polis Marin Bintulu, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia .
Beliau berharap nelayan terutamanya di Bintulu dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan insiden tersebut.

Katanya, maklum hendaklah disalurkan ke talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254).
LihatTutupKomentar
Cancel