Projek Sabah - Sarawak link road mula tengah tahun 2020

KOTA SAMARAHAN, 19 Jan: Jalan Pautan Sarawak-Sabah (SSLR) menelan kos RM5.2 bilion bagi menghubungkan Sarawak terus dengan Sabah tanpa melalui Brunei dijangka mula pembinaanya Jun atau Julai tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata demikian berikutan tender projek itu dijangka dibuka pada penghujung bulan ini selepas beliau melancarkan fasa pertama projek jajaran jalan itu dari Lawas ke Long Pa' Berunut bulan lepas.

"Kerja (pembinaan) akan bermula diharapkan pada Jun atau Julai, itu adalah garis masa kami. Jajaran jalan itu bermula di Long Lama (di Sarawak),"katanya selepas merasmikan Pejabat Keadilan Stakan, di Taman Samarindah, di sini, hari ini.

Baru berkata SSLR kemudian akan melalui Ulu Limbang, Nanga Medamit, Ba'Kelalan, Bario, dan Lawas serta terus ke Sabah tanpa melalui Brunei dan akan mengubah lanskap kawasan yang dilaluinya dari segi pertanian dan pelancongan.

"Jajaran jalan itu di Long Lama kemudian akan disambungkan dengan Lebuhraya Pan Borneo dan juga Jalan Pesisir Pantai yang sedang dibina kerajaan negeri,"katanya.

Selain itu, berikutan Indonesia akan memindahkan ibukota negara terbabit ke pulau Borneo dengan lokasinya antara Samarindah dan Balikpapan, kementeriannya telah mendapatkan peruntukan RM600 milion tahun ini bagi membina jalan Kalabakan-Serudong.

"Ini termasuk pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Serudong bersebelahan Simanggis, Indonesia. Ini akan menghubungkan Kalimantan, Sarawak , Brunei dan Sabah,"katanya.
tamat

keterangan gambar: 

1. Baru Bian (empat dari kiri) amenyampaikan sijil kepada ahli PKR Sarawak ketika majlis perasmian
Pejabat Keadilan Stakan, di Taman Samarindah, di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel