RM60 juta sudah diagih Unifor
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Unifor melaksanakan peranannya dengan baik dalam menyatukan keharmonian agama dan perpaduan di negeri ini.
Menurutnya, ia kini menjadi platform yang diiktiraf, dihargai dan disokong.
"Sebaik ditubuhkan oleh mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem pada 2017, sebanyak RM15 juta telah diperuntuk untuk unit itu beroperasi, dan seterusnya RM20 juta pada 2018, RM30 juta pada 2019 serta RM50 juta tahun ini," katanya pada Majlis Makan Malam Penghargaan Sempena Persaraan Pengarah Unifor Datuk Dr Ngenang Jangu semalam.
Beliau berkata, Kerajaan Sarawak turut memberikan tanah seluas tiga ekar di Jalan Ong Tiang Swee untuk membina ibu pejabat Unifor.
