RTP rangsang pembangunan akar umbi
SRI AMAN: Pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) penting dalam merangsang pembangunan di peringkat akar umbi.
Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis berkata, pelaksanaan RTP merupakan antara inisiatif kerajaan negeri untuk merapatkan jurang kemajuan di kawasan bandar dan luar bandar.Menurutnya, pembangunan pelbagai kemudahan secara seimbang penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Projek RTP Bagi Pembinaan Gelanggang Bola Keranjang RPR Fasa II Sri Aman, semalam.
Mengenai projek tersebut, Harden memberitahu, pembinaan gelanggang bola keranjang itu melibatkan dua fasa dan melibatkan kos sebanyak RM446,000.
Majlis penyerahan Gelanggang Bola Keranjang RPR Fasa II, Sri Aman itu telah dilakukan antara pihak JKR Sri Aman yang diwakili Penolong Jurutera Daerah, Shahbuddin Abu Bakar kepada Kapitan Lai Joon Phin selaku Pengerusi Jawatankuasa Gelanggang Bola Keranjang RPR Fasa II. - UKAS