Rumah mampu tengok?
KUCHING: Lebih 300 unit rumah Sri Pertiwi harga kurang RM295,000 seunit akan dibina Februari ini.
Perumahan Sri Pertiwi merupakan Projek Kerajaan menerusi Program Perumahan Mampu Milik Sri Pertiwi yang dilancarkan Februari ini.
Sri Pertiwi berkeluasan 1,000 kaki persegi atau lebih dengan tiga bilik tidur, dua bilik air serta masing-masing satu ruang tamu dan makan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, ia mensasarkan golongan sasaran M40 berpendapatan tidak lebih daripada RM10,000 sebulan.
Katanya, konsepnya sama dengan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta dibangunkan dengan Kumpulan Syarikat Sendayan.
"Projek berkenaan dibangunkan oleh kerajaan negeri di kawasan bandar seperti Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri.
"Kriteria bagi memohon perumahan ini katanya mestinya warganegara Malaysia dari Sarawak dan pendapatan tidak lebih daripada RM10,000 sebulan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Mampu Milik Sri Pertiwi di Batu Kawa hari ini.
Menurutnya, permohonan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak dan seorang pemohon hanya boleh memiliki satu unit rumah.