Sarawak United kalah 5-0

SKUAD Sarawak United masih perlu banyak membuat 'kerja rumah' untuk menjadi pasukan digeruni pada saingan Liga Premier 2020.

Apatah lagi pasukan yang masih baharu dibentuk ini, perlu belajar daripada kesilapan untuk membentuk pasukan terkuat dalam masa yang singkat.

Sarawak United dibelasah 5-0 oleh pasukan PDRM pada perlawanan persahabatan di Stadium Pulapol petang semalam.

Kekalahan memalukan 5-0 ditangan pasukan yang baharu dinaikkan ke Liga Super harus diterima secara positif barisan pemain.
Sebelum ini pasukan yang dikendalikan jutrulatih import, Juan Carlos Magro tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur.

Perlawanan terakhir siri jelajah Sarawak United menentang Felda United di Padang Pusat Latihan Bangi pada 30 Januari ini.
Bekas penyerang lincah kebangsaan, Amri Yahyah sekali lagi mengetuai barisan jentera serangan Sarawak United pada aksi perlawanan semalam.

Bekas penyerang Johor Darul Ta'zim dan Selangor berusia 39 tahun tersebut dijangka akan ke Kuching bersama-sama rombongan pasukan selepas siri jelajah di Semenanjung Malaysia.

Amri yang meraih tiga trofi Liga Super, pada 2014, 2015 dan 2016 serta Piala Malaysia 2016 dan Piala Sumbangsih pada 2015 dan 2016 menjadi sandaran Sarawak United musim ini.

Ketika bersama Selangor pula beliau pernah menjulang Piala Malaysia pada 2002 dan 2005 sertai tiga Piala FA dan dua Piala Liga Super.
LihatTutupKomentar
Cancel