Sembilan dipindah angkara banjir di Balai Ringin

KUCHING: Seramai sembilan mangsa banjir terdiri daripada dua keluarga di Kampung Melayu Balai Ringin dipindahkan ke kawasan pemindahan banjir.

Mangsa banjir dipindahkan sekitar jam 3.00 petang tadi susulan keadaan paras air yang semakin meningkat di kediaman mangsa.
Jurucakap Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, hujan lebat melanda semalaman punca utama kawasan berkenaan banjir.

“Air sungai yang semakin deras akibat hujan lebat yang berterusan menyebabkan limpahan sungai menaiki kawasan yang rendah.

“Buat masa ini kita telah memindahkan mangsa yang terlibat ke Pusat Pemindahan yang disediakan iaitu di Dewan Kampung itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menasihatkan orang awam berhati-hati sepanjang musim banjir untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
LihatTutupKomentar
Cancel