Tiada kes Koronavirus di Bintulu - KKM


KUCHING: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah telah menolak spekulasi virus koronavirus baharu dikesan di Bintulu, Langkawi dan Kuala Terengganu.

Bagaimanapun beliau enggan mengesahkan jika ada kes yang disyaki berlaku di kawasan terbabit.

"Pada ketika ini, tiada kes koronavirus di Bintulu, Langkawi dan Kuala Terengganu.

"(Pada kes yang disyaki) Tiada coronavirus. Terdapat pelbagai penyakit yang dibawa ke hospital, seperti radang paru-paru.

"Sekiranya terdapat sebarang kes positif, saya akan dimaklumkan," katanya.

Sebelum ini, tular kenyataan media daripada Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak berkenaan dakwaan kes koronavirus yang berlaku di Hospital Bintulu.

Dalam kenyataan media tersebut, pesakit diletakkan di wad pengasingan selama 14 hari.

"Sampel darah akan dihantar ke makmal di Kuala Lumpur untuk pengesahan (untuk coronavirus baru). Virus belum dipastikan," kata kenyataan itu.

Kebetulan sebentar tadi ada mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri berlangsung di Wisma Bapa Malaysia diketuai Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah.

Dalam kenyataan yang diedarkan kepada media, Uggah menegaskan kerajaan Sarawak amat memandang serius berkenaan perebakan wabak 
Wuhan Coronavirus.
Uggah berkata, wabak itu sangat merbahaya dan boleh merebak dengan cepat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menyatakan sehingga ini belum ada vaksin yang khusus bagi merawati wabak itu,

"Orang awam dinasihati untuk mendapatkan rawatan segera di
hospital sekiranya mengalami simtom batuk atau demam,"katanya. 

Katanya, tujuan mesyuarat adalah untuk mendengar penerangan serta
taklimat pelan tindakan mengenai Wuhan Coronavirus oleh Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan membincangkan pelan tindakan
bersepadu yang perlu diambil oleh setiap agensi berkaitan bagi melindungi rakyat dari ancaman wabak ini.

"Mesyuarat telah mencapai beberapa keputusan iaitu tindakan segera dan penyelarasan di antara agensi, penambahan aset dan peralatan bagi kawalan di pintu-pintu masuk
utama.

"Pengwujudan instrument baru bagi pemantauan perjalanan setiap
individu memasuki pintu masuk utama,"ujarnya.

Beliau berkata, satu sesi taklimat kepada stakeholder utama berkenaan tindakan-tindakan bagi menghadapai wabak Wuhan Coronavirus akan diadakan pada esok hari

"Pengumuman polisi serta pelan tindakan yang holistik akan diadakan pada Rabu ini,"jelasnya.

Tular di grup grup WhatsApp hari ini satu kenyataan menyatakan  seorang pegawai pemasaran di Syarikat Sinohidro Corporation, Tanjung Kidurong Powerplant Project Bintulu Sarawak.

Pesakit itu wanita berusia 25 tahun berasal dari Hubei, China telah bekerja di syarikat tersebut selama dua tahun. 

Dipercayai pesakit telah pergi ke Wuhan, China pada 11 Januari lalu atas urusan kerja.

Pada 16 Januari pesakit telah balik dari Wuhan, China dan transit di Kota Kinabalu dan terus ke Bintulu.

"Setelah balik dari Wuhan, China, Pesakit telah bekerja di pejabat syarikat seperti biasa. 

"Semalam (26.01) pesakit mengalami demam, pesakit rasa takut kerana baru balik dari Wuhan dan terus membuat rawatan di Hospital Columbia Asia.

"Pihak Hospital Columbia Asia mengesyaki pesakit mengalami influenza dan oleh kerana pesakit baru balik dari Wuhan, China, pihak Hospital Columbia Asia bimbang pesakit dijangkiti Virus Korona dan pesakit telah dirujuk ke Hospital Bintulu.

"Virus yang dialami oleh pesakit belum dipastikan lagi," menurut kenyataan itu. 


LihatTutupKomentar
Cancel