Tidak sempat ke tandas, doktor pakai lampin

WUHAN: Kami tiada masa untuk menggunakan tandas kerana pesakit terlalu ramai. Demikian kata seorang doktor dikenali sebagaio Do.

Menurutnya, mereka juga menggunakan lampin pakai buang dewasa bagi mengelakkan diri daripada membuka pakaian perlindungan yang dikhuatiri akan tercemar dengan wabak tersebut, lapor The Sun yang memetik sumber.

“Sut perlindungan di sini pula sangat berkurangan sehingga ada doktor yang menyifatkan siapa yang dapat sut perlindungan diri baru seperti memenangi loteri.

“Kami tahu sut perlindungan yang kami pakai ini tidak akan dapat lagi, jadi sememangnya kami tidak boleh bazirkan walaupun satu sut,” katanya.

Pelaksanaan kuarantin terhadap bandar yang mempunyai hampir 11 juta penduduk itu menyebabkan hospital tempatan menjadi tumpuan pesakit dan ahli keluarga.

Wabak koronavirus ini juga membuatkan doktor dan kakitangan perubatan keletihan kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya.

Hospital di sini bukan sahaja mengalami kekurangan seperti kelengkapan katil, malah kelengkapan perlindungan daripada jangkitan seperti sarung tangan serta topeng hidung dan muka juga mulai habis.
LihatTutupKomentar
Cancel