Tiga lelaki diberkas terlibat dadah di Serian

SERIAN:Tiga lelaki diberkas Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah di kedai makan 24 Jam Genesis,di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serian,DSP Aswandy Anis berkata, pada jam 10.45 malam, bertindak atas maklumat menerusi pemeriksaan badan yang dijalankan telah menjumpai satu paket besar plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi tiga paket plastik kecil lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 0.66 gram yang di sembunyikan di dalam kasut berwarna hitam jenama Nike sebelah kiri yang dipakai oleh salah seorang suspek.

Menurutnya,pemeriksaan lanjut ke atas  kereta yang dipakai oleh ketiga-tiga suspek, telah menjumpai satu kotak rokok jenama LD berwarna ungu dibawah tempat duduk penumpang hadapan.

"Apabila diperiksa, didalamnya mengandungi 13 peket plastik lutsinar pelbagai saiz yang masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine berat kasar
14.58 gram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semua suspek direman selama empat hari di Balai Polis Serian sehingga siasatan selesai.

"Suspek juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan juga jenayah," katanya. 

Kes telah disiasat dibawah seksyen 12(2) ADB 1952
LihatTutupKomentar
Cancel